Saturday, 27 August 2011

Slide First Year

Bismillah.

Apa pun, minta maaf terlebih dahulu ye kawan-kawan kelas A1. Nak gunakan blog ini untuk ber slide slide presentation dekat junior kita. Hehe . Halal eh (?)

So, kepada bakal pelajar first year Universiti Zagazig korang boleh download slide tu dengan menekan link di bawah ini.

SLIDE FIRST YEAR UNIVERSITY ZAGAZIG


Semoga membantu :)

Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya :)

Wednesday, 10 August 2011

Roda Kehidupan

Bismilah.

Howdy, guys (?)

Dah lama tak post something kat sini, berbulan-bulan dah. Haih. Semua dok malas nak update. -.-

Tak terlambat lagi rasanya kalau nak ucapkan TAHNIAH ! kepada sesiapa yang berjaya dengan cemerlangnya dalam exam. Kepada yang kurang berjaya, tak mengapa. Rezeki Allah yang lagi baik sedang menunggu. InsyaAllah :)

Act, tak tahu nak tulis apa sangat. Biasalah. Dah lama tak menulis. Dah berkarat dah. :)

Okaylah, tulis panjang sikitlah. Nampak berisi sikit ye tak (?)

Hidup kita ini ibarat sebuah roda. Kejap dekat atas, kejap dekat bawah. Tak semestinya kita akan sentiasa berada diatas. Tak semestinya juga kita akan sentiasa berada dibawah. Sebab itulah, kita kena sentiasa mengingati diri kita sendiri.

Ya, kadang-kadang rasa sangat sakit apabila diri kita dipaksa menerima kegagalan. Contohnya, keputusan peperiksaan yang tak cemerlang. Rasa diri kita diperlakukan tidak adil. Kita belajar, kita berusaha ! Tapi akhirnya, hasil yang diperolehi tidak seperti yang kita harapkan. Rasa sakit itu bertambah apabila melihat rakan-rakan kita mendapat keputusan yang cemerlang. Kita keliru. Kita terperangkap. Hendak berasa sedih atau berasa gembira (?) Gembira dengan kejayaan rakan-rakan kita. Ataupun sedih dengan kegagalan diri sendiri.

Kadang-kadang, definisi kejayaan dan kepandaian tidak boleh disandarkan sepenuhnya terhadap peperiksaan. Banyak lagi aspek lain yang perlu diambil kira. Orang yang berjaya dan pandai, ialah orang yang tahu untuk menyeimbangkan kebolehan dan kelemahan dirinya dengan bagus sekali. Faham tak (?)

Apa-pun, kegagalan dan kejayaan bukanlah satu destinasi. Tapi, ianya satu proses. Proses yang tiada mula dan akhirnya. Ianya akan terus berlaku dalam hidup kita. Kejayaan dan kegagalan akan datang bersilih ganti. Jika pada hari ini kita mendapat kejayaan tapi percayalah suatu hari nanti jua kita akan merasai hempedu kegagalan. Mengapakah (?) Sebab kita adalah manusia. Dan manusia diciptakan dengan penuh cacat cela.

Kepada yang berjaya, beringat ! Kepada yang kurang berjaya, berusaha !

Sebagai manusia, aku sayang kalian ^^