Sunday, 18 September 2011

Walaupun peluangnya tipis, bantai je lah.

Bismillah.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana masih dapat dapat bernafas ketika ini.

Okay, straight to the point, post ini adalah untuk menerangkan prosedur untuk memohon scholarship Institut Jantung Negara secara peribadi. Perlu diperingatkan, peluang untuk mendapatkan IJN ini sangatlah tipis. Jadinya, terpulang kepada sesiapa yang nak mohon atau tidak. Tidak wajib hukumnya sama sekali ye.

Jadinya, untuk menghantar permohonan ke IJN , aku rasa baik la korang sediakan dokumen-dokumen yang disenaraikan dibawah ini.


1) Surat permohonan

2) Resume mengenai diri sendiri

3) Salinan kad pengenalan pemohon,ibubapa/penjaga & adik beradik

4 )Salinan surat beranak pemohon,ibubapa/penjaga & adik beradik

5) Salinan passport pemohon

6) Salinan surat tawaran kemasukan ke university

7) Salinan pengesahan pengajian (tasdiq)

8) Surat menyatakan maklumat kos yuran pengajian sepanjang pengajian

9) Salinan Sijil SPM/Sijil STPM/Matrikulasi/Diploma/A-Level

10) Salinan NOC (Non-Objection Certificate) dari KPT Malaysia

11) Salinan keputusan peperiksaan sekarang & tahun sebelumnya

12) Salinan slip gaji/penyata pencen ibubapa/penjaga

13) Salinan kad pencen ibubapa/penjaga

14) Salinan borang EA (Swasta) dan boring EC (Kerajaan) ibubapa/penjaga yang terkini & 2 tahun  

sebelumnya

15) Salinan bukti bagaimana pemohon boleh menanggung kos sara hidup dan lain-lain kos semasa mengikuti 

pengajian di luar negara. Cth: Salinan buku bank/lain lain

16) Karangan perihal diri dan kerjaya

17) Sijil sijil ko-kurikulum


(Aku copy paste daripada MARA punya requirements)
Permohonan kemudiannya dihantar ke alamat yang tertera dibawah ini :

Yayasan IJN
Institut Jantung Negara Sdn Bhd
145 Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

(sila tuliskan Biasiswa Yayasan IJN disebelah kiri sampul surat)




Tambahan :


Jika ada yang mahu contoh Surat Permohonan ataupun Contoh Resume, boleh klik link dibawah untuk download.


1) Contoh Surat Permohonan


2) Contoh Resume






Trivia:


Semoga semua yang memohon JPA, dapat menerima berita yang gembira pada 23 hb Oktober 2011 ini. Amin ya rabbal alamin. :)

Cuak beb !

2 comments:

Umie Nadhirah said...

info yang bagus..

Black Pearl said...

assalam alaikum.
nak tanya,
1-tahun 2012 ada lagi x permohonan ni?
2- macamana nk mintak NOC tu?
3- ada contoh x utk bukti bagaimana pelajar tanggung kos di sana?

-terima kasih-