Bismillah.
Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa sebab sudah berlalunya peperiksaan Anatomy. ;)
Usaha sudah, maka yang tinggal hanyalah bertawakal sahaja.
Mungkin tak semua yang boleh menjawab soalan exam Anatomy dengan baik. Tidak mengapa. Let the bygone be bygone. Benda dah lepas. Doalah banyak-banyak ya. InsyaAllah, jika kita istiqamah dalam memohon harap kepada Allah nescaya Allah akan membalasnya jua.
Mungkin sedikit motivasi untuk semua . Hehe.
Let go the past !
Lepaskan masa lalu. Mungkin antara kita yang mendapat keputusan kurang memuaskan dalam spm dan sebagainya. Tapi adakah itu satu masalah untuk kita berjaya sekarang ?
Come on ! Masa sentiasa ke hadapan. Maka, kita pun kenalah bergerak ke hadapan. Bukannya, duduk menangisi kegagalan lalu.
Kejayaan masa lalu tidak semestinya menjamin kejayaan pada masa akan datang.
Yes, I admit it.
Mungkin ramai antara kita yang berjaya mendapat 5 A dalam upsr. Tetapi adakah kejayaan upsr itu menjamin kepada kejayaan untuk pmr dan spm ?
Sudah semestinya tidak. Ianya semua adalah satu peringkat yang berbeza.
Sama seperti kita sekarang. Kita sanggup datang ke Mesir dengan gunakan duit sendiri (duit ibu bapa). Mungkin kita tidak bernasib baik untuk mendapat peluang membuat medik di Malaysia dan tidak mendapat biasiswa yang diharapkan tetapi kita tetap mahu menjadi seorang doktor.
Lihat ! Kita ada keinginan untuk berjaya. Berjaya menjadi seorang doktor. Walaupun, "kegagalan" kita pada spm mungkin membantutkan sedikit hasrat kita menjadi seorang doktor.
Aku tahu perasaan gagal itu. Perasaan kecewa gagal mendapat course yang diminati untuk upu dan sebagainya.
Seriously, I'm crying when I failed to get medicine course for the upu. Sangat mengharapkan kot masa tu untuk mendapat tawaran ke usim untuk tamhidi perubatan. Last-last, dapat tawaran asasi engin sahaja.
Mungkin kisah kita berbeza tapi mempunyai titik persamaan yang hampir serupa. Kita semua tak mendapat apa yang kita inginkan semasa spm, matriks atau sebagainya. Tetapi Allah tetapkan permudahkan juga untuk kita menjadi seorang doktor.
Dan kejayaan seorang pelajar perubatan tidak bergantung kepada keputusan spm, matrik atau diploma. Tetapi, bergantung kepada prestasi belajar semasa belajar medik lah bukan ?
Persetankan rekod straight A, 4 flat atau apa sekalipun. Kejayaan kita dalam course medik kini bergantung pada masa sekarang. Bukan masa lalu ok ?
Tengok, kan dah merepek kerepek. :P
Point utama yang hendak dicakapkan disini ialah jangan biarkan kegagalan masa lalu menghantui kita. Come on ! Let bygone be bygone right ?
Takpa kalau tak dapat jawab Anatomy dengan baik. Aku pun jawab macam apa je. Tapi, kita still ada Biochemistry, Physiology dan Histology untuk kita jawab. Naikkan semangat itu balik. Biarkan Anatomy berlalu, dan kini kita belasah puas-puas subjek yang tinggal.
A1 boleh !
Ok, tata.
No comments:
Post a Comment