Sunday, 8 May 2011

Selamat Hari Ibu.


Hari ini Hari Ibu secara kasarnya bukan (?)

Tapi, bagi kita setiap hari adalah Hari Ibu.

Takkanlah kita mahu menghargai ibu kita pada satu hari sahaja (?)

Setiap hari, kita kena menghargai dan ingat ibu kita yang telah bersusah payah demi kita.

Ingat itu kawan-kawan.

Ibu kita tidak meminta apa-apa daripada kita untuk dijadikan sebagai balasan pengorbanan dia.

Cukup sekadar sebuah kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan.

Bayangkan senyuman manis di wajah ibu kita apabila melihat kita mendapat keputusan yang cemerlang.

Terharu bukan (?)

Itulah ibu kita, tidak pernah berkira demi anak-anaknya.

Asalkan kita semua sebagai anak-anak bahagia dan gembira.

Tapi, pernahkah kita berkorban untuk dia (?)

Ibu kita tidak meminta apa-apa selain meminta kita menjadi seorang manusia,

Manusia yang bagaimana (?)

Manusia yang berguna ya !

Selamat Hari Ibu kepada semua Ibu-Ibu dan bakal-bakal ibu.

Pengorbanan anda tidak terbalas oleh kami, si anak.

*




No comments: