Thursday 26 May 2011

Sekilas dan Sejenak.

Bismillah.

Demam Anatomy makin kuat dah. Semua dah makin rajin untuk revise. Tahniah~

Yelah, kalau tak revise mahunya tak dapat jawab time exam nanti. Ops.

'Tak baca, tak dapat jawab exam"

Satu pernyataan keluar. Tapi, cuba fikir kembali?

Adakah kejayaan kita menjawab soalan bergantung sepenuhnya kepada pembacaan?

Silap. Satu kenyataan yang sangat silap.

Jika tak , kenapa ada sahaja yang kurang berjaya walaupun dia dah banyak membaca dan revise.

Sebenarnya, semua bergantung kepada seluruh aspek kehidupan kita.

Setiap apa yang kita lakukan boleh memberi kesan kepada sesuatu yang inginkan.

Tak kanlah Allah nak beri kejayaan kepada orang yang hanya rajin revise, tapi kurang amal ibadatnya?

Kita memang pernah terdengar,


"Aku tak sembahyang pun, masih boleh skor dalam exam! Ape cer?"

Astagfirullah.

Al-A'Araf,182


Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, akan kami biarkan mereka beransur-ansur (ke arah kebinasaan), dengan cara yang mereka tidak ketahui.

Itulah namanya Istidraj. Secara ringkasnya, Istidraj ialah nikmat yang Allah kurniakan kepada seseorang dengan tujuan untuk menambahkan kesesatan seseorang itu

Cuba check kembali diri kita. Adakah kita tergolong dalam golongan ini?

Nauzubillah min zaallik.

Tapi, mungkin ada juga yang berfikir sebegini,

"Sebab aku pergi ceramah semalam tu lah, aku tak dapat nak revise semalam!" 

Mengapakah ada fikiran sebegitu? Teruk sekali.

Bukankah Allah telah berfirman,

Muhammad;7

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu"

Allah sudah berjanji. Adakah kita masih mahu meragui janji-janji-Nya.

Mungkin pernah terlintas dalam fikiran kita,

"Ya Allah, mengapakah semua ini terjadi kepada aku. Aku dah revise, aku dah berdoa, solat hajat, tapi mengapakah aku gagal lagi, Ya Allah?"

Ya, memang tak dapat dinafikan, kita memang sentiasa berfikiran sebegitu bila ditimpa musibah. Sebab apa?

Sebab iman kita yang sentiasa MENAIK dan MENURUN.

Tapi, cuba hayati firman Allah ini.

Al-Ankabut,2 dan 3


" Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, " Kami telah beriman" dan mereka tidak diuji?"


"Dan sungguh, Kami telah menguji oran-orang sebelum mereka, maka Allah pasti menegtahui orang-orang yang benar dan mengetahui orang-orang yang dusta."

Terkedu. Tergamam.

Rasa terpukul. Kita sentiasa anggap kita dah buat segala yang terbaik untuk mencapai apa yang kita inginkan, tetapi kita sentiasa lupa Allah itu tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Mungkin dengan kegagalan yang Allah berikan kepada kita, kita akan jadi lebih berusaha untuk menebus kembali apa kegagalan kita.

Cuba fikir quote ini sekejap,

"Disebalik mendung di langit, terdapatnya pelangi yang menerangi"




Jadi, apakah yang dapat dirumuskan disini?

Agama nombor satu, tetapi Akademik bukan nombor dua.

Faham bukan?

Selamat beramal~


Entri recycle balik ni. Semua tengah busy studykan, tak sempat nak update kan (?) Haha

No comments: